Memandangkan betapa pentingnya pelajaran kepada kanak-kanak di kampung ini, sebuah jawantan kuasa Penaja telah ditubuhkan untuk membincangka mengenai pembinaan sebuah sekolah di kampung ini.
Jawantan kuasa Persatuan Ibu Bapa ini ditubuhkan pada pertengahan Tahun 1957 dengan di anggotai oleh beberapa orang tokoh seperti berikut:-
Pengerusi : Ab. Ghani b. Haji Mamat
Setiausaha : Ibrahim b. Yusoff
Bendahari : Abdullah b. Ali
Jawantankuasa : Senik b. Awang
Mohd Yusoff b. Stan
Yahya b. Senik
Omar b. Samad
Wan Omar b. Wan Idris
Jawantan kuasa ini dengan kerjasama Tuan penggawa Daerah Jedok pada masa itu,Wan Jaafar bin Wan Mahmood telah mendesak pihak kerajaan supaya mengadakan sebuah sekolah bagi kepentingan penduduk di kampung ini.Sebelum ini kanak-kanak di kampung ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah sejauh 4.2 kilometer.
Menyedari hakikat ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM20,000,00 bagi membina sebuah sekolah di atas tapak seluas 6 ekar 190 depa.Pada 28 Januari 1958 ,sekolah ini mula digunakan dan dikenali dengan Sekolah Umum Lawang,Tanah Merah,Kelantan.
Pada permulaannya terdapat 3 orang guru dengan bilangan murid seramai 76 orang.Oleh kerana pertambahan penduduk dengan pesatnya ,pada 26 Mei 1978 kerajaan telah membina satu blok bangunan 2 tingkat di bawah projek Bank Dunia.Bangunan ini siap digunakan pada awal tahun 1980.
Pada 16 Ogos 1983 sekolah ini telah dinaikkan taraf ke gred B dengan keramaian murid 448 orang,17 orang tenaga pengajar dan 4 orang kakitangan.
Bagi menampung kekurangan bilik darjah,sebuah sekolah siap didirikan pada tahun 1984 dengan perbelanjaan sebanyak RM45,000,00.